Thursday 29 September 2011

Yakinlah dengan Janji ALLAH

Wahai Sahabat,
Jangan cepat melatah dengan dugaan yang datang bertimpa-timpa,
Anggap itu adelah satu tarbiyah untuk kita daripada Allah,
Segala kesedihan, kesusahan, keperitan yang dialami terima dengan tabah dan sabar,
Kerana ade kemenangan dan kemanisan di sebaliknya..

Wahai Sahabat,
Jangan terlalu cepat mengalah dalam kesedihan,
Hapuskan air mata, hilangkan kegelisahan,
Mintak la kepada NYA, pohon la kepada NYA,
Allah Sentiasa menunggu, dan tetap menunggu doa daripada hambanye...

Wahai Sahabat,
Bersyukur kerana kita diberikan dugaan dan kesusahan ini,
itu adela tandanye Allah sayang kan kita,
Kerana Allah memilih kita daripada hamba-hamba NYA yang lain,
Allah tetap bersamamu dalam melawan kesusahan dan kita tidak pernah keseorangan..

Wahai Sahabat, 
Hadapi ujian hidup ini dengan menilai erti takdir dan keredhaan yang sebenar,
Apa yang ditakdirkan oleh Allah pada kita adela satu kebaikan,
Berusaha la mencari kebaikan itu, jangan mensia-sia kannya,
Oleh itu, Yakin dengan Janji Allah ...



No comments: