Sunday 31 July 2011

:: Salam ::

Nama di beri Nur Fadhilah Wahad, berumur 23 tahun.. dilahirkan di negeri Melaka pada 1 Januari 1988.. sy menetap di Melaka bandaraya bersejarah. Anak ke-4 daripada 5 org adik beradik. Sekarang masih lagi sambung belajar di KUIS, dlm jurusan Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah.. sama ada menjadi peguam syarie 1 hari nanti, itu tidak pasti.. yang pasti saya berminat dengan pengajian syariah. 
Baru berjinak-jinak dalam penulisan blog, selama nie suke bace blog org. org cerita sana, org cerita sini.. pelbagai ragam sy membace penulisan blog org.. dlm hati mmg dh teringin nak buat blog sendiri. tapi, mungkin disebabkan kerja yang terlampau banyak dan halangan-halangan menyebabkan kesempatan untuk membuat blog tak dapat di hasilkan. 
Ade juga sebab, kenapa saya tertarik untuk membuat blog, sy suke melihat org yg berkongsi2 ilmu.. sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat. Berdasarkan pengalaman org, org berkongsi ape yang dilalui.. memberi hikmah dan pengajaran pade manusia lain dalam banyak hal. Begitu juga dengan saya, saya terpesona dengan segelintir penulis blog yang mendedahkan banyak ilmu pengetahuan yang tidak diketahui. 
harapnya, blog saya nie bukanla sekerat jalan saje.. heee.. insyaAllah  ~

No comments: