Thursday 29 September 2011

Yakinlah dengan Janji ALLAH

Wahai Sahabat,
Jangan cepat melatah dengan dugaan yang datang bertimpa-timpa,
Anggap itu adelah satu tarbiyah untuk kita daripada Allah,
Segala kesedihan, kesusahan, keperitan yang dialami terima dengan tabah dan sabar,
Kerana ade kemenangan dan kemanisan di sebaliknya..

Wahai Sahabat,
Jangan terlalu cepat mengalah dalam kesedihan,
Hapuskan air mata, hilangkan kegelisahan,
Mintak la kepada NYA, pohon la kepada NYA,
Allah Sentiasa menunggu, dan tetap menunggu doa daripada hambanye...

Wahai Sahabat,
Bersyukur kerana kita diberikan dugaan dan kesusahan ini,
itu adela tandanye Allah sayang kan kita,
Kerana Allah memilih kita daripada hamba-hamba NYA yang lain,
Allah tetap bersamamu dalam melawan kesusahan dan kita tidak pernah keseorangan..

Wahai Sahabat, 
Hadapi ujian hidup ini dengan menilai erti takdir dan keredhaan yang sebenar,
Apa yang ditakdirkan oleh Allah pada kita adela satu kebaikan,
Berusaha la mencari kebaikan itu, jangan mensia-sia kannya,
Oleh itu, Yakin dengan Janji Allah ...



Monday 1 August 2011

:: Kepada MU ::

Ya Allah, Ya Tuhanku
Curahkanlah kesabaran ke atasku, teguhkanla pendirian daku,
serta tolongla aku untuk meneruskan hidup yang penuh dengan kesakitan,
Sesungguhnya kesakitan yang ENGKAU berikan adela satu nikmat untuk aku...

Ya Allah, Ya Tuhanku
Aku mohon pada MU jiwa yang tenang lagi tenteram,
KAU bersihkan la hati dan jiwa aku dari titik-titik hitam,
yang percaya pada pertemuan dengan MU, 
Redha atas segala keputusan MU,
serta berasa cukup puas dengan segala nikmat pemberian dan anugerah MU, 
usahlah KAU palingkan hatiku setelah KAU tunjuki, 
dan berilah rahmat  MU kerana KAU adelah yang maha pemberi..

Ya Allah , Ya Tuhanku
Kukuhkanla imanku dari kemungkinan terpesong,
dan berilah aku petunjuk dari segala kemungkinan jalan yang sesat,
Jadikanla sebaik-baik umurku pada penghujungnya,
dan sebaik-baiknya amalku adalah pada penghujung akhirnya,
dan sebaik-baiknya hariku adela pada saat aku menemui MU ..
Amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday 31 July 2011

:: Mencari redhamu ::

Ramai org melalui keperitan, kesengsaraan, kesedihan, kesusahan dalam hidup. Setiap orang pasti akan merasa semua nie. ini adela perjalanan hidup sebagai hamba Allah di muka bumi.. begitu jugak dengan sy, yg sedang mencari keredhaan dari Nya, apabila sy mendapat keredhaan itu.. sy akan menggapai nye. dan genggam, kuat2 seakan-akan tidak akan melepaskan nye. kerana itu adela kemenangan bagi org yang bersabar menempuh dugaan dan ujian hidup ini. REDHA ini, tidak perlu menanti dengan senang lenang, tetapi perlu mencarinya dengan melaksanakan perintah Allah, teguhkan la hati dalam melaksanakan ibadat. Apabila segala tuntutan telah dipenuhi, dan segala larangan Allah telah dijauhi, di saat itula RAHMAT ALLAH akan turun mengiringi dan memberkati perjalanan hidup hambanye.. Tanpa ade dugaan dan ujian yg Allah beri, pasi manusia akan sentiase lalai pade NYA. Ujian yang Allah beri, adelah nikmat untuk kite supaya kite dapat membersihkan hati dan jiwa daripada titik-titik hitam dan menyedarkan kita tentang kelemahan diri.. DIA mahu mendidik kita agar sentiase membasahi bibir dengan Zikrullah dan kembali merindui kasih sayangNYA.. 
Memang sangat berat untk hadapi dugaan dan ujian, tapi anggapla ini sebagai satu anugerah yang menandakan Allah maseh SAYANG kan kite sebagai hambanye. Setiap kejadian yang Allah berikan mempunyai sebab, hikamh, rahmat dan penuh dengan rahsia NYA. Sebagai hamba, REDHA perlu dicari bukan menanti. InsyaAllah, setiap perjuangan untuk kite melawan ujian n dugaan ini, yakinla.. kita bukan keseorangan tetapi Allah sentiase ade bersame membantu untuk menguatkan atie supaya dapat meneruskan hidup yang lebih diberkati.
saya sebagai hamba yang sedang mencari keredhaanNYA, saya sebagai hamba yang sedang menjalani ujian dan dugaan hidup ini.. sy akan terus berusaha pertahankan diri sy sebagai hamba NYA.. sy bersyukur kerana Allah maseh SYGKAN diri sy... 
ujian dan dugaan ini, harus ditempuh dengan keredhaanNYA.. 


:: Salam ::

Nama di beri Nur Fadhilah Wahad, berumur 23 tahun.. dilahirkan di negeri Melaka pada 1 Januari 1988.. sy menetap di Melaka bandaraya bersejarah. Anak ke-4 daripada 5 org adik beradik. Sekarang masih lagi sambung belajar di KUIS, dlm jurusan Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah.. sama ada menjadi peguam syarie 1 hari nanti, itu tidak pasti.. yang pasti saya berminat dengan pengajian syariah. 
Baru berjinak-jinak dalam penulisan blog, selama nie suke bace blog org. org cerita sana, org cerita sini.. pelbagai ragam sy membace penulisan blog org.. dlm hati mmg dh teringin nak buat blog sendiri. tapi, mungkin disebabkan kerja yang terlampau banyak dan halangan-halangan menyebabkan kesempatan untuk membuat blog tak dapat di hasilkan. 
Ade juga sebab, kenapa saya tertarik untuk membuat blog, sy suke melihat org yg berkongsi2 ilmu.. sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat. Berdasarkan pengalaman org, org berkongsi ape yang dilalui.. memberi hikmah dan pengajaran pade manusia lain dalam banyak hal. Begitu juga dengan saya, saya terpesona dengan segelintir penulis blog yang mendedahkan banyak ilmu pengetahuan yang tidak diketahui. 
harapnya, blog saya nie bukanla sekerat jalan saje.. heee.. insyaAllah  ~